Pelakon Diana Danielle enggan memberikan sebarang kenyataan usai dia mendaftarkan permohonan rujuk dan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Perjelas Kemelut Rumah Tangga Hanya Perselisihan Faham – ‘Tsunami Pun Dua Kali, Inikan Ombak Cinta Perkahwinan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengarah Sifatkan Farid Kamil Profesional Meski Berdepan Isu Perceraian – ‘Dia Tak Pernah Nak Minta Tangguh Shooting’
Diam membisu
Hanya tersenyum sinis, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, terus meluru laju menaiki kenderaan mewah jenama Velfire berwarna hitam.
Malah, ketika diajukan pelbagai pertanyaan daripada pengamal media, pelakon Imaginur itu hanya berdiam diri dan meneruskan langkahnya.
Terdahulu, Diana hadir ke mahkamah bagi mendaftar permohonan rujuk dan cerai terhadap suami, aktor Farid Kamil.
Mahkamah kemudian menetapkan 20 November ini bagi sebutan pertama permohonan rujuk dan cerai dan meminta kedua-dua belah pihak hadir.
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Tegas Diana, dia enggan lagi dipujuk dan nekad meneruskan perceraian selain tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.
Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.
Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
@ohbulanofficial Diana tidak memberi sebarang kenyataan selepas failkan kes penceraian di mahkamah hari ini #ohbulan #fyp #news #dianadanielle #failkan #cerai #mahkamah