Pelakon Idzham Ismail menegaskan dia tidak akan rujuk kembali dengan bekas isteri iaitu Nur Abilah Shamsudin kerana masing-masing sudah tawar hati.
Artikel Berkaitan: ‘Mahkamah Putuskan Kami Sah Bercerai, Tidak Akan Dirujuk’ – Idzham Ismail
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Idzham Ismail Bergolak? Foto Hadir Di Mahkamah & Kapsyen ‘Masih Dalam Proses’ Jadi Tumpuan!
Sudah puas memujuk
Mengakui sudah berusaha menyelamatkan rumah tangga sejak Julai lalu, Idzham berkata, dia akur apabila ikatan perkahwinan yang dibina selama lapan tahun akhirnya terlerai.
Mendakwa bekas isteri hanyut dengan duniawi, aktor tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan punca terperinci dia berpisah.
Saya tak mahu rujuk. Saya sudah tawar hati dan dia pun mungkin tawar hati juga, jadi nak rujuk pun buat apa.
Saya ada cuba pujuk dia dalam tiga empat bulan ini, saya memujuk dia dari Julai untuk kembali berkeluarga. Ketika Hari Raya kami okay je muatkan gambar bersama.
Apa yang berlaku saya tak boleh kongsi sebab aib dia dan aib saya sebagai suami isteri. Mungkin juga sebab saya gagal didik dia dengan baik.
Benda kecil saja sebenarnya, yang mana dia terkhayal dengan duniawi. Jadi saya tak nak salahkan dia sebab saya juga salah tak boleh didik dia dengan baik.
Bukan orang ketiga
Dalam pada itu, disoal adakah perceraian berpunca disebabkan wujud orang ketiga, Idzham menafikan perkara tersebut.
Tiada, dalam pengetahuan saya tiada. Kalau ada pun hanya Allah yang tahu.
Terdahulu, Idzham menerusi hantaran di Instagram Story mengesahkan sudah berpisah dengan isteri pada pagi Isnin.
Sebelum ini, aktor itu mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan yang membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 10 Oktober lalu.
Untuk info, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4