Pendakwah selebriti Da’i Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes rayuan atas dakwaan kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahkamah Tinggi Tetap 5 November Sebagai Tarikh Sebutan Semula Kes Da’i Syed
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Syed Tampil Dengan Imej Botak, Kelihatan Tenang Hadir Di Mahkamah Tinggi
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Muat Naik Video Tolak Stroller Anak Selepas Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara
Kelihatan tenang
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful tiba di mahkamah pada jam 9.15 minit. Da’i Syed yang memakai baju suit berwarna biru gelap dilihat ditemani sorang pengawal peribadi.
Terdahulu, selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 September lalu.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.
Pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.