Usahawan Watie Hanifiah meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Shuib membelikan dua bagasi baharu supaya memudahkannya menyimpan minyak wangi yang dibeli di Makkah dan Madinah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Artikel Berkaitan: Shuib Rakam Kembali Momen Di Jabal Rahmah Dengan Watie, Imbau Kenangan Bersama Arwah Siti Sarah – ‘Saksi Pertemuan Dua Cinta’
Artikel Berkaitan: Shuib Mohon Doa Orang Ramai, Tunai Umrah Bersama Keluarga – ‘Saya Hanya Manusia Biasa Yang Tak Terlepas Dari Dosa’
‘Daddy sokong bini’
Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, minyak wangi tersebut sudah dikirim oleh beberapa rakannya di Tanah Air.
Tengoklah daddy (Shuib), belikan saya dua lagi luggage untuk saya letak minyak yang dibeli. Padahal ke sini (Makkah) dah bawa enam luggage.
Daddy sokong betul bini dia jual minyak wangi. Luggage ini dia beli ini besar betul. Demi minyak wangi dia tambah lagi dua.
Harap-harap minyak wangi yang saya beli ini selamat sampai ke Malaysia dan kepada tangan tuan-tuannya, insya-Allah.
Watie berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, Watie memberitahu dia sudah ‘memborong’ berpuluh minyak wangi sepanjang berada di Makkah dan Madinah.
Minyak wangi yang beli di Makkah sudah disusun dalam bagasi, ini ada lagi yang baru beli di Madinah. Total yang saya beli ada dekat 60 botol.
Sekadar info, Shuib dan Watie bersama tiga anak mereka ketika ini sedang mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci.
Sumber: Instagram