Ibu kepada pelakon Fattah Amin, Azizah Abdul Ghani berkongsi menu masakannya yang menjadi kegemaran aktor tersebut.
Artikel Berkaitan: VIDEO] ‘Founder’ Dedah Fattah Amin Letak Syarat Sebelum Jadi Duta – ‘Tak Boleh Konten Joget-Joget’
Artikel Berkaitan: [FOTO] Fattah Amin Luang Masa Bersama Fatima & Keluarga
Suka makan sambal udang
Menerusi satu video temu bual di TikTok, Azizah mendedahkan Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 34, amat menyukai sambal udang.
Masakan saya yang paling dia suka adalah sambal udang.
Menerusi video sama, Azizah turut memberitahu Fattah seorang anak yang baik dan pandai membawa diri.
Dia anak yang baik, dia tidak nakal dan pandai membawa dirinya sendiri.
Mula-mula tahu Fattah jadi artis memang rasa terkejut. Dulu kalau boleh tak payahlah (jadi artis). Ada juga pangkat sepupu dan bapak saudara yang menjadi artis.
Abang yang tegas
Dalam pada itu, ibu aktor berkenaan turut menitipkan doa kepada Fattah supaya menjaga nama baik keluarga.
Ibu doakan along (Fattah) supaya menjaga diri, solat tidak tinggal, jaga nama baik keluarga
Sementara itu, adik bongsu kepada Fattah berkongsi peribadi aktor berkenaan seorang yang tegas apabila bersama adik-beradik.
Along seorang yang cool, sewaktu adik-adik masih kecil dia sangat tegas dengan kami. Biasalah anak sulungkan, memang kena tegas sikit.
Saya mendoakan along menjadi muslim yang berjaya dunia akhirat, amin.
Sumber: TikTok