Baru-baru ini menerusi satu majlis di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah melancarkan Pelan Hala Tuju Transformasi AIR 2040 dengan tema yang sangat memberi impak – “Air Diperkasa, Rakyat Sejahtera”.
Pelan Hala Tuju AIR 2040 adalah satu inisiatif besar yang bakal mengubah cara kita melihat dan menguruskan sumber air di Malaysia.
Apa Itu AIR 2040? ?
Pelan ini bukan sekadar tentang bekalan air sahaja, tetapi menekankan kelestarian dan ketahanan sistem pengurusan air yang sangat penting untuk masa depan negara.
Dengan semakin meningkatnya perubahan iklim dan permintaan yang terus berkembang, AIR 2040 ditujukan untuk memastikan air yang kita gunakan kekal berpanjangan dan berkualiti tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali, yang turut dijemput sebagai ahli panel dalam perbincangan forum tersebut, mengingatkan kita semua tentang pentingnya teknologi dan inovasi dalam pengurusan air yang lebih mampan dan efisien.
“Teknologi dan inovasi adalah kunci dalam memastikan pengurusan air yang mampan dan cekap. Untuk menjamin kelangsungan sektor
air dalam jangka panjang, keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dan kestabilan kewangan amat penting.
Usaha mengurangkan air tidak terhasil (NRW) juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan operasi, memastikan lebih banyak air sampai kepada pengguna, serta mengoptimumkan sumber yang ada. Kami di Air Selangor bersedia untuk menyumbang secara aktif dalam menjayakan matlamat transformasi sektor air Malaysia.”
Turut hadir adalah YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Beliau menyampaikan ucaptama yang penuh dengan penekanan tentang keperluan mendesak untuk mentransformasikan sektor air. Cabaran masa depan seperti perubahan iklim dan permintaan air yang semakin meningkat memerlukan kita untuk berfikir secara lebih inovatif dan bertindak dengan cepat.
Buat korang yang berminat nak tahu, perkembangan dan usaha yang giat dijalankan Air Selangor korang boleh ikuti laman X mereka di SINI.