Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian apabila memaklumkan dirinya lebih memilih wanita bijak berbanding cantik menerusi satu temu bual yang tular di TikTok.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Luah Rasa Rindu Pada Fatima – ‘Fikirkanmu Sepanjang Hari & Malam Terasa Sukar Kerana Kamu Tiada Di Sini’
‘Beauty or brain?’
@hanumsubri This or that bersama @Fattah Amin ? original sound – Hanumsubri
Menerusi video yang dimuat naik pengguna dikenali sebagai Hanum Subri, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin memberikan jawapan itu selepas diminta untuk memilih satu daripada dua jawapan yang menggambarkan personalitinya.
Antara soalan yang diajukan adalah seperti adakah Fattah peminat kopi atau teh dan termasuklah wanita bijak atau pun lebih cenderung memilih wanita yang mempunyai paras rupa yang cantik.
Apa yang mengejutkan orang ramai ialah, pelakon filem ‘Pendekar Awang: Darah Indera Gajah’ lebih memilih wanita yang bijak berbanding wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik.
Terdahulu, Fattah dan bekas isterinya Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Komen netizen
Sumber: TikTok