Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Janna Nick meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tuduhan negatif yang ditinggalkan seorang individu terhadap suaminya, Dini Schatzmann.
Individu tersebut mendakwa Dini mempunyai hormon wanita yang lebih dan disebabkan itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Susulan daripada itu, rata-rata rakan selebriti tampil memberi semangat buat Janna dan Dini.
Artikel Berkaitan: ‘Whatsapp Tak Balas, Call Pun Tak Jawab’ – Zaki Yamani ‘Buka Mulut’ Ibu Bukan Penghalang Jumpa Ayah
Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Asal Semua Keras Kejung Je, Menari Ler Aduh’ – Ibu Zaki Yamani
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Nafi Dikongkong, Selesa Ibu Urus Kerjaya Seni
Terbaru, ibu kepada penyanyi Zaki Yamani iaitu Fatimatuzahra Samad atau lebih mesra disapa sebagai Iema tampil berkongsi mengenai pengalamannya sewaktu hendak mendapatkan zuriat.
Buat solat hajat
Menurut Iema, sebelum mengandung Zaki dia pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali. Tambah Iema, pada waktu itu dia melakukan solat hajat setiap kali selepas menunaikan solat.
Minta nak anak lelaki satu sahaja. Tuhan je tahu menangis bagai nak rak. Lepas dua bulan dapat Zaki. Perasaan gembira tu Allah. Sebab itu kita jaga Zaki betul-betul. Sebab kehadiran dia memang kita nantikan.
Gaduh pun gaduh la, janji kita dapat Zaki dengan kita. Kita lawan.
Ujar Iema lagi, dia gembira apabila Allah makbulkan doanya. Oleh sebab itu, dia menjaga Zaki dengan penuh kasih sayang sehingga ke saat ini.
Yang belum dapat anak, kita doakan semoga cepat dapat zuriat dan jangan putus asa.
Jangan putus asa
Sumber: Iema