Setiap perkahwinan pastinya ingin memiliki zuriat sebagai penyambung legasi keturunan.
Baru-baru ini, tular hantaran pelakon dan pengacara, Janna Nick yang terkilan atas sikap netizen yang membuat tuduhan negatif ke atas suaminya.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Dedah Menangis Seorang Diri Dalam Tandas Bila Datang ‘Period’ – ‘Saya Pernah Breakdown Lebih Teruk Lagi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Duit RM100k & Boleh Buat IVF Tapi Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka Tak Jadi Juga’ – Janna Nick
Kerja tuhan
@faiizmdnoor? original sound – Paih badmood
Menerusi hantaran di TikTok, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap netizen yang kerap mengasak selebriti soal anak.
Tambahnya, zuriat bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimiliki.
Apalah benak sangat tanya orang bila nak ada anak.
Aku faham kalau orang-orang yang terdekat yang tanya. Ni tidak, orang yang tidak dikenali.
Bukannya kalau dah berniat nak ada anak, boleh terus dapat. Itu kan semua urusan tuhan.
Dalam hantaran tersebut, individu yang dikenali sebagai Faiz itu turut menasihati warganet untuk berfikir dahulu sebelum meninggalkan sebarang komen.
Apa yang lebih menarik, hantaran tersebut meraih perhatian pengacara program realiti Famili Duo itu yang dilihat turut terhibur.
Awak buat saya gelak. Thank you.
Sekadar info, Janna dan suaminya, Dini Schatzmann mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023. Difahamkan, pasangan ini mencuba pelbagai cara namun masih belum direzekikan untuk menimang cahaya mata.
Sumber: TikTok Faiizmdnoor