Penyanyi Luqman Faiz mendedahkan dia sudah menjadi mangsa gangguan golongan homoseksual sejak hari pertama melangkah masuk dalam industri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Luqman Faiz Berang Dituduh ‘Songsang’, Mohon Henti Hantar Gambar Tak Senonoh – ‘Aku Straight!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zhiddin Aziz Terkejut Didatangi Individu Mahu Lakukan Hubungan Sejenis Di Tanah Suci – ‘Perangai Orang Begini Tetap Ada’
Akhirnya bersuara
Luqman atau nama lengkap Luqman Abdul Halim Faiz, 24, berkata, dia akhirnya bersuara mengenai perkara itu selepas banyak videonya dikongsikan dengan tujuan tidak baik.
Malah, Luqman menyifatkan tindakan tersebut adalah perbuatan yang tidak bijak.
Aku dah kena kacau dari first day aku masuk industri. Tak pernah bukak mulut.
Tapi sebab ada yang share video aku and jadikan sebagai content g*y, aku pergi kelas, pergi mana-mana orang orang persoalkan sexuality aku. Tak ke kau rasa bodoh tu.
Luqman meluahkan perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di platform X pada Khamis.
Kawan dengan semua
Tutur pelantun lagu Kepuraanmu itu lagi, dia berang apabila dituduh menjadi sebahagian daripada komuniti yang menyukai kaum sejenis.
Jelasnya, dia berkawan baik dengan semua jenis manusia tanpa menilai status seksual atau ‘sexuality’ seseorang.
Aku berkawan dengan semua jenis manusia dan tak pernah condemn apa preference orang pun.
Tapi sampai libatkan aku, macam aku ni part of your community, adalah satu fitnah atas diri aku.
Aku jalan sana sini orang tanya dah aku straight ke apa. Muka nak letak mana? Itu kalau yang tanya. Kalau yang tak tanya tu, tak ke nampak aku lain dah.
Terdahulu, Luqman menerusi video yang dimuat naik di TikTok meluahkan rasa berang terhadap sekelompok netizen yang menuduhnya dirinya songsang atau gay.
Dia menegaskan, dirinya lelaki tulen dan tidak menghalalkan video miliknya dijadikan bahan tidak senonoh.
Sumber: X