Baru sahaja mengumumkan berita perceraian, pelakon Idzham Ismail nampaknya sudah menerima beberapa soalan ‘nakal’ daripada segelintir netizen menerusi kotak ‘Ask me a question’ di Instagram Story miliknya.
Artikel Berkaitan: Idzham Ismail Akui Gagal Didik Isteri Dengan Baik, Nafi Wujud Orang Ketiga Punca Bercerai – ‘Dia Terkhayal Dengan Duniawi’
Artikel Berkaitan: ‘Mahkamah Putuskan Kami Sah Bercerai, Tidak Akan Dirujuk’ – Idzham Ismail
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Idzham Ismail Bergolak? Foto Hadir Di Mahkamah & Kapsyen ‘Masih Dalam Proses’ Jadi Tumpuan!
Nak jadi wife awak boleh?
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, seorang individu telah menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada pelakon filem ‘Juvana’ itu.
Susulan daripada itu, Idzham berkata, agak sukar untuknya mencari pengganti yang sama seperti bekas isterinya iaitu Nur Abilah Shamsudin. Ini kerana, bekas isterinya itu seorang yang serba boleh.
Susah nak cari wife material macam mak we ni. Tangan jadi tripod relaks je.
Selain soalan tersebut, netizen turut bertanya mengenai hal anak-anak kepada Idzham. Jelas Idzham, buat masa ini anak-anaknya dijaga oleh mereka berdua.
Terdahulu, Idzham Ismail menegaskan dia tidak akan rujuk kembali dengan bekas ister kerana masing-masing sudah tawar hati.
Untuk info, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4
Sumber: Idzham Ismail