Sebagai suami isteri, sudah ditetapkan tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan bagi melengkapkan kehidupan berumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Bayar Bil & Perbelanjaan Rumah Tanggungjawab Suami, Jaga Nafkah Itu Wajib’ – PU Riz
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nafkah Bukannya Duit Raya, Beg Tangan & Kereta Mewah Tapi Keperluan Asas’ – Iddin Ramli
Tanggungjawab suami
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, seorang suami meluahkan sikap isterinya yang tidak membantu dalam membayar komitmen.
Difahamkan, isteri individu itu sering menghabiskan gaji yang diperoleh dengan membeli baju baru dan makan di luar.
Isteri aku mengandung sekarang. Aku gembira tapi dalam masa yang sama aku serabut.
Isteri kerja dari rumah, gaji tinggi. Tapi suka membazir beli skincare mahal, baju baru dan makan luar.
Isteri tak nak tolong bayar komitmen bersama. Semua aku bayar sorang.
Tambahnya, segala perbelanjaan ditanggung olehnya termasuk barang-barang persiapan cahaya mata yang bakal ditimang.
‘Abang tertidur ke masa kursus kahwin?’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menekankan bahawa pentingnya kursus kahwin bagi memahami tanggungjawab yang perlu digalas suami dan isteri.
Sumber: TikTok fatihahrika