Pengacara Awal Ashaari mengulas mengenai trend ‘old money’ yang mendapat perhatian ramai terutama selepas satu gerakan komuniti iaitu ‘Old Money Malaysia’ ditubuhkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wak Doyok ‘Throwback’ Fesyen Old Money Tahun 2015, Caprice Sokong & Puji – ‘Ini Yang Sebenar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Tubuh Geng ‘Old Money’, Netizen Komen – ‘Benda Ini Tak Boleh Dibuat-Buat’
Yuran yang dikenakan
Ketika ditemui OhBulan!, Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari menzahirkan rasa gusar berikutan gerakan tersebut memperuntukkan pengikutnya untuk membayar yuran keahlian.
Kita ada badan-badan berkanun yang memantau perkara ini.
Nak tubuhkan yayasan, nak ambil duit rakyat atau nak ambil dana awam pun perlu ada laporan ke mana duit itu akan disalurkan.
Susulan itu, selebriti berusia 43 tahun tersebut mencadangkan agar penyelidikan terhadap gerakan tersebut dilakukan.
Jadi untuk seseorang itu menubuhkan komuniti dan ambil yuran, saya rasa perkara itu harus dikaji terlebih dahulu.
Kadang-kadang manusia ini, mereka ingin kelihatan ‘cool’ dan diterima. Banyak orang dekat luar sana mereka masih tercari-cari identiti.
Mereka nak sertai dan tak mahu tersisih.
Awal berkata demikian pada sidang media program Innovathon musim kedua yang berlangsung di Putrajaya pada Rabu.
Jangan ambil kesempatan
Walau bagaimanapun, pelakon filem Syurga Cinta tersebut berkata, jika gerakan berkenaan memberi input berguna kepada ahlinya maka wajar ianya ditubuhkan.
Saya rasa perkara ini boleh disalah gunakan melainkan komuniti itu memberi manfaat kepada semua ahlinya.
Contohnya seperti, mereka membuat bayaran kemudian dapat menghadirkan diri ke seminar untuk tampil lebih yakin atau ada kelas komunikasi yang disediakan.
Kalau mengutip duit sekadar untuk berada di dalam komuniti itu maka harus berhati-hati.
Dalam masa yang sama, bapa kepada dua orang anak ini mengingatkan kepada mana-mana individu agar tidak mengambil kesempatan semata-mata demi meraih wang.
Kita tidak mahu mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain sebab ada yang mudah terpengaruh.
Sekarang ini pun tidak ramai orang yang senang, semua orang bertungkus-lumus pagi petang, siang dan malam untuk cari duit.
Jadi kita tak mahu sewenang-wenangnya mengambil kesempatan atas orang lain.
Terdahulu, pempengaruh media sosial Andika Putera memaklumkan bahawa setiap individu yang menyertai komuniti Old Money Malaysia perlu membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM249.
Tambah Andika lagi, setiap ahli yang membuat pembayaran akan menerima banyak manfaat.
@ohbulanofficial Min setuju dengan Awal ??#ohbulan #fyp #news #awalshaari #komen #kelab #oldmoney #andikaputera #yuran