Penyanyi Mas Idayu tampil dengan single terbaharu yang berjudul, Harum Mekar Di Hati.
Artikel Berkaitan: Mas Idayu Tiada Niat Sentuh Isu Sensitif, Tak Tahu Janna Nick Buat Rawatan IVF – ‘Dia Masih Muda, Boleh Mengandung’
Harum Mekar Di Hati
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Mas Idayu berkata, lagu baru ini merupakan projek Ajai dan ISK Channel.
Mereka nak saya menyanyi lagu ini. Saya dah kenal Ajai sangat lama dan kami berkawan baik. Mungkin Ajai pun dah mengenali saya dan tahu saya jenis macam mana. Daripada dulu saya boleh menyanyi pelbagai jenis genre lagu.
Apa salahnya, kalau kali ini saya nak cuba air tangan Ajai pula. Tambahan ini lagu Pop Rock. Dulu kalau nak diikutkan, saya tak minat lagu dangdut. Tapi disebabkan lagu dandut la nama saya naik. Jadi tak salah saya cuba sentuhan komposer hebat seperti Ajai.
Tambah Mas Idayu, lagu ‘Harum Mekar Di Hati’ sudah berada di semua platform digital sekarang.
Buat peminat saya, mereka sudah boleh dengar lagu Harum Mekar Di Hati di semua platform digital. Nanti akan ada muzik video yang mempunyai lirik juga.
Mas Idayu yang ditemui selepas selesai Majlis Pelancaran Kuurus Life di Grounds, Kuala Lumpur, baru-baru ini, turut mengakui bahawa dia mengikuti sebuah program yang dianjurkan oleh Dato Dr Anitha Haniffa.
Jelas pelantun suara ‘Goyang Bali’ itu, dia tidak melakukan pembedahan bariatrik mahupun menelan belon untuk kurus. Sebaliknya, dia hanya mengambil suntikan yang dinasihatkan oleh Dr Anitha sahaja.
Saya ambil suntikan Saxenda. Suntikan ubat untuk mengurangkan berat badan ditambah pula dengan diet dan senaman. Saya ambil atas nasihat daripada doktor. Saya tak kuat dan tak boleh menjalani prosedur yang lain. Lagipun berat saya tidak melampau. Apa yang saya faham, kalau nak buat potong perut kena lebih 100 kilogram ke atas dan mempunyai masalah kesihatan. Kalau 80 kilogram ke atas sesuai untuk telan belon. Berat saya hanya 55 kilogram masa itu. Oleh sebab itu saya hanya ambil suntikan sahaja.
Ujar Mas Idayu lagi, sekarang beratnya hanya 48 kilogram sahaja.
Kalau tanya sasaran berat badan, saya nak 47 kilogram. Sebab berat macam tu akan nampak cantik kalau kita di televisyen.