Penyanyi, Ina Naim meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan sering membantunya dalam menguruskan perniagaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diasak Soalan Suami Kerja Apa, Netizen Dakwa Sikap Ina Naim Berubah Lepas Kahwin – ‘Allahuakbar, Dulu Baik Tutur Kata’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Nafi ‘Didera’ & Hidup Naif Sebab Arwah Suhaimi Saad Tak Sediakan Peti Ais – ‘Kejujuran & Kasih Sayang Yang Penting Dalam Rumah Tangga’
‘Kak Ina kahwin dengan Abang Khairul ni bukan sia-sia’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim, 40, bersyukur dengan takdir Allah yang mempertemukannya dengan suami, Mohd Khairul Rizal.
Allah SWT takdirkan Kak Ina kahwin dengan Abang Khairul ni bukan sia-sia atau tak ada apa-apa.
Ujar Ina lagi, kehidupannya juga banyak berubah selepas bergelar isteri Khairul memandangkan sebelum dia sering melakukan urusan sendirian kerana arwah suaminya, Suhaimi Saad diuji dengan masalah kesihatan. Namun kini, kebanyakan urusannya termasuk perniagaan diuruskan oleh suaminya.
Alhamdulillah, dia banyak sangat bantu saya daripada segi mesyuarat, dia boleh selesaikan banyak urusan saya. Kita banyak kerja bersama, sekarang dia yang memandu. Sebelum ini, saya yang kena memandu sebab Allah uji saya arwah suami sakit, tak nampak.
Jadi saya kena buat semua sendiri. Bila Allah tarik nikmat kebahagiaan saya dengan arwah, Allah datangkan dia (Abang Khairul) pula.
Dia boleh memandu, bawa saya kesana kesini. Masa mesyuarat pun dia banyak bercakap dengan bos besar. Dia yang akan keluarkan idea. Lepas balik kerja, saya tidur sebab penat, dia akan sambung kerja dia dan kerja saya.
Dalam pada itu, Ina menyifatkan kesedihan selepas pemergian arwah suaminya itu diganti dengan kehadiran Khairul Rizal.
Video
@quranenuur “Allah tarik kebahagiaan kak ina dengan arwah, tapi sekarang Allah ganti balik dengan Abg Khairul ni” #enuurhq #alquranenuur #inanaim #healingjar #jarofdoa ? original sound – ENUUR.HQ
Sumber: TikTok