Pelakon, Dini Schatzmann tenang menjawab komen seorang netizen menerusi video dimuat naik isterinya, Janna Nick di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Dini Schatzmann, Merajuk Gara-Gara Janna Nick Larang Buat Rawatan Lentikan Bulu Mata
‘Suami takut bini’
@jannanickofficial mukbang rendang ! balik reja lapaq woiii… #rendang #rendangtokhang #viral #mukbang ? original sound – jannanick95
Menerusi video yang dimuat naik Janna, seorang individu tampil memberikan komen mendakwa Dini seorang suami yang takut akan isterinya.
Mesti suami takut bini.
Komen itu ditinggalkan individu terbabit menerusi video perkongsian Janna yang melakukan ‘review’ makan rendang daging selepas selesai program realiti, Famili Duo 4.
Dini tenang jawab netizen
Tidak melatah, Dini yang begitu tenang membalas komen tersebut dengan memperbetulkan kenyataan individu terbabit.
Menurut pelakon filem ‘Malbatt: Misi Bakara’ itu, dia bukanlah seorang yang takut tetapi lebih kepada hormat kepada isteri.
(Bukan takut) tetapi respect.
Sekadar info, Dini dan Janna mendirikan rumah tangga pada 9 Jun 2023 selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.
Walau bagaimanapun, pasangan tersebut masih belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai cahaya mata.
Sumber: TikTok