Konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal diadakan di lokasi pertama di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Sabtu ini membuatkan rata-rata peminat sudah tidak sabar dan mula menghitung hari.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Bagi Semua Peminat Duduk Di Konsert Imaji Tour!
Artikel Berkaitan: ‘Beliau Adalah Figura Yang Sentiasa Ada Di Hati Saya’ – Aina Abdul Bangga Siti Nurhaliza Digelar Biduanita Negara
Peminat semakin teruja!
Lebih menarik, Aina, 31, yang berkongsi video latihan menerusi lagu Menua di Instagram miliknya ternyata menambah keterujaan peminat untuk melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi di atas pentas.
Malah terdapat peminat yang bergurau dengan penyanyi itu apabila bakal membawa baldi pada hari kejadian kerana bakal menyaksikan deraian air mata melalui deretan lagu hits miliknya.
Menghitung hari nak berimaji bersama Aina. Tak sabar.
Nanti kena bawa baldi tadah air mata.
Saya tambah tiket lagi. Saya racun kakak kali ini (menonton konsert Aina).
Lebih mencuri perhatian, terdapat peminat yang sanggup membeli tiket menyaksikan konsertnya walaupun jarak perjalanan agak jauh.
Nun jauh dari Bintulu datang ke konsert Aina nanti. Tak sabar.
Jarak perjalanan dari Bintulu ke Samarahan dianggarkan lebih tujuh jam sekiranya melalui darat manakala melalui udara sekitar hampir dua jam.
Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di tiga lokasi berbeza iaitu UMS pada 14 Disember 2024, Zepp Kuala Lumpur (27 Disember 2024) dan Universiti Utara Malaysia (11 Januari 2025).
Untuk harga tiket bagi di UMS dan UUM bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).
Bagi lokasi di Zepp KL pula harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box di www.ticket2u.com.my.
Peminat juga boleh membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.