Anak lelaki kepada usahawan terkenal Datuk Vida iaitu Kacak meraih perhatian netizen dengan perwatakannya yang merendah diri ketika melawat mangsa banjir di Kelantan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Hulur Bantuan Hampir RM200K Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kacak Pertahankan DSV Dari Kecaman Netizen – ‘Saya Sedih Sangat Bila Orang Judge Mama Tanpa Tahu Peritnya Kehidupannya Dahulu’
Bantuan banjir
@dsv_officialmall Sempat jugak jumpa seorang makcik pesakit leukimia .Kacak doakan Semoga makcik cepat sembuh. Amin ?? #bantuanbanjir2024 #bantuanbanjir #banjirkelantan #kelantan #kacak #dsv #cikb ? Sad song by piano and violin(886018) – NOVA
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan melawat ke rumah mangsa banjir yang menghidap penyakit Leukimia.
Ujarnya, individu terbabit sudah sebulan terlantar sakit akibat penyakit yang dihadapinya.
Sebelum saya bergerak ke kawasan lain, saya diberitahu ada seorang penduduk kampung yang mengidap penyakit Leukimia yang turut terkesan dengan banjir.
Saya dijemput masuk untuk jumpa makcik yang sedang terbaring atas katil.
Tak sangka mereka kenal saya, terharu sangat.
Pada hantaran tersebut, Kacak dilihat berkali-kali memohon maaf kerana khuatir kehadirannya menganggu individu terbabit sedang berehat.
Tahniah Datuk Vida
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil didikan Datuk Vida pada anak-anak. Selain itu, terdapat juga warganet yang berterima kasih pada Kacak atas usaha dalam membantu mangsa-mangsa banjir.
Sumber: TikTok dsv_officialmall