Malam tadi, Jakel Mall menjadi saksi kepada acara fesyen yang luar biasa dengan pelancaran kolaborasi istimewa antara dua jenama tempatan – SOVOTHRIFT dan Sidez.co.
Acara ini bukan sahaja meraikan kreativiti dan inovasi dalam dunia fesyen, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan fesyen tempatan di persada arus perdana dan menunjukkan bahawa jenama-jenama lokal kini semakin mendapat perhatian besar di kalangan peminat fesyen.
SOVO & TWT COFFEE: Gabungan unik fesyen thrift dan budaya kopi
SOVO, bersama TWT COFFEE, adalah perniagaan baru yang beroperasi sejak 10 bulan lalu. Walaupun masih baru, mereka telah menarik perhatian ramai dengan konsep unik yang menggabungkan thrift (pakaian terpakai) dan kopi dalam satu kedai.
Kedai pertama mereka di Wangsa Maju, Seksyen 5, menjadi tempat kegemaran untuk mencari pakaian bergaya sambil menikmati kopi premium.
Kini, mereka membuka cawangan kedua yang juga menjadi HQ di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Di sini, pelanggan boleh menemui pelbagai koleksi pakaian thrift dan streetwear terkini.
Konsep ini memenuhi permintaan golongan muda yang ingin bergaya sambil menyokong fesyen mampan. Ini kerana, SOVO menyediakan pilihan pakaian yang membolehkan pelanggan mengekspresikan gaya unik mereka sambil memelihara alam sekitar.
Kolaborasi dengan Sidez.co: Visi bersama untuk komuniti yang lebih erat
Apabila ditanya mengapa memilih SIDEZ untuk berkolaborasi, Fadhli Zaihan, pemilik SOVO Thrift menjelaskan, “SIDEZ istimewa kerana SOVO dan SIDEZ berkongsi visi yang sama, iaitu untuk menyatukan thrift, bundle, dan streetwear.
Bila ada identiti yang serasi, SOVO mahu membawa satu fenomena baru di mana kita semua berada dalam satu komuniti yang lebih erat. Dengan cara ini, kita dapat menyatukan pembeli streetwear, thrifter dan jenama lokal di bawah satu bumbung.”
Visi ini menunjukkan matlamat utama kolaborasi ini, iaitu untuk merapatkan jurang antara pelbagai golongan dalam dunia fesyen tempatan. Dengan menyatukan peminat streetwear, pencinta thrift, dan jenama-jenama tempatan di satu tempat, SOVO dan Sidez berharap dapat membentuk sebuah komuniti yang lebih kuat dan saling menyokong.
Pelancaran produk eksklusif – SIDEZ Sneakers SS01
Salah satu momen yang dinantikan dalam acara ini adalah pelancaran rasmi SIDEZ Sneakers SS01.
Kasut ini direka dengan gabungan gaya dan keselesaan terkini, menjadikannya pilihan ideal untuk pencinta fesyen lokal yang ingin tampil bergaya tanpa mengorbankan keselesaan.
Pelancaran ini juga memberi peluang eksklusif kepada pengunjung untuk menjadi yang pertama menyaksikan rekaan sneakers ini yang dijangka menjadi fenomena di kalangan pencinta fesyen.
SIDEZ Sneakers SS01 hadir dalam dua edisi menarik yang pasti buat korang rambang mata:
- Edisi Putih/Hitam: Rekaan elegan dan timeless, menggunakan kulit premium untuk gaya sofistikated dan mudah dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian.
- Edisi Biru Aqua dengan Kelabu Cerah: Rekaan berani dan moden, menggunakan suede lembut dan bahan breathable untuk keselesaan tahap maksimum.
Kedua-dua edisi sneakers ini bukan sahaja menawan dari segi rekaan, tetapi juga memfokuskan pada keselesaan dan ketahanan.
Untuk korang yang mahu melengkapkan penampilan, korang boleh dapatkan combo package termasuk sneakers, T-shirt kolaborasi, stokin, carabiner, dan kotak simpanan eksklusif pada harga RM299.
Memang tawaran yang sangat menarik, praktikal dan eksklusif kan?
Highlight paling ditunggu-tunggu – Pertunjukan Runway!
Majlis pelancaran ini turut dimeriahkan dengan runway show yang cukup menghiburkan dengan menampilkan koleksi SOVO x SIDEZ yang penuh dengan keunikan dan gaya berani.
Setiap rekaan menyerlahkan trend terkini, menggabungkan elemen-elemen vintage dari pakaian thrift dan gaya streetwear yang moden. Setiap koleksi memperlihatkan rekaan yang unik dan penuh dengan karakter.
Bukan itu sahaja, acara ini juga dihidupkan dengan hidangan makanan dan minuman dari TWT COFFEE, sebuah jenama yang terkenal dengan kopi premium dan pelbagai pilihan minuman.
Kehadiran TWT COFFEE bukan saja menambah keseronokan acara, malah mencerminkan gabungan sempurna antara kopi dan fesyen—satu konsep yang sinonim dengan SOVO.
Yang lagi best, mestilah persembahan live yang menggamatkan suasana daripada dari artis-artis terkenal tempatan seperti 53Universe, Zynakal, dan B-Heart. Gabungan muzik dan fesyen ini betul-betul happening sekaligus menghidupkan malam pelancaran tersebut.
Lebih menarik, acara yang berlangsung sepanjang hari ini dibahagikan kepada dua sesi yang memberikan pengalaman unik kepada pengunjung:
- Thrift Session: 10:00 AM – 4:00 PM
Peluang untuk pengunjung mencari koleksi pakaian thrift yang berkualiti tinggi dan unik. - Fashion Show: 8:00 PM – 11:00 PM
Sorotan utama malam, menampilkan koleksi SIDEZ x SOVO yang memukau.
Dengan kolaborasi ini, SOVO dan SIDEZ membuktikan bahawa jenama tempatan mampu mencipta impak besar di mata peminat fesyen tanah air.
Ini adalah satu langkah yang sangat positif untuk industri fesyen tempatan yang semakin berkembang, di mana lebih banyak jenama kini mula mendapat pengiktirafan dan perhatian di peringkat tempatan dan mungkin, pada masa depan, di peringkat antarabangsa.
Bagi korang yang terlepas, jangan risau! Koleksi SOVO x SIDEZ kini boleh didapati di SOVO Thrift Store HQ, Jakel Mall, Kuala Lumpur.
Korang juga boleh membeli secara online di laman web sidez.co atau follow Instagram SOVO dan SIDEZ untuk melihat lebih banyak koleksi terkini.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan fesyen lokal yang terus berkembang.
Jom sokong jenama lokal!