Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, semalam. Tahniah!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pramatang, Alami Pendarahan Ketika Usia Kandungan 30 Minggu – ‘Saya Duduk Dalam Labour Room Empat Hari’
Artikel Berkaitan: Teka-Teki Akhirnya Terjawab! Syasya Rizal Umum Hamil Anak Sulung – ‘Baby Emon Is On The Way’
Muhammad Yassir Hayyan
Berita gembira itu dikongsikan oleh Syasya sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Syasya, dia dan suami, Nasrullah Mohd Sapie bersepakat memilih nama Muhammad Yassir Hayyan untuk anak lelaki mereka. Tambah Syasya atau nama sebenarnya, Nursyasya Afiqah Shahrizal, dia sangat bersyukur dengan kelahiran Yassir yang dianggap sebagai amanah daripada Allah untuk dijaga.
Pada awal tahun ini, saya memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan penuh cinta, sebagai balasan inilah (bayi) kurniaan yang kami terima di akhir tahun.
Alhamdulillah, the biggest blessing and amanah for mama and baba. Muhammad Yassir Hayyan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Syasya dan suami.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Syasya Rizal