Pelakon sensasi Zarina Anjoulie berkongsi tentang pengalamannya ketika dicurangi oleh seorang lelaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Selar Netizen Kaitkan Anak Dalam Komen – ‘Mereka Nak Kecam & Guna Sebagai Alasan Untuk Hina Kita’
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya’ – Zarina Anjoulie Mohon Maaf, Mengaku Dapat Tajaan Sepenuhnya Pembedahan Hidung
Pendedahan Zarina
@bambamstudiosofficial Serius lah sampai mengandung orang tu… @anjoulielavocah cerita pengalaman dicurangi.. Jom Usha drama CURANG TANPA NIAT (The Office Wife) – Setiap ISNIN – KHAMIS, 10 MALAM di Astro Ria, On Demand dan strim Astro Go. Boleh layan di mana mana saja, bila – bila masa! JJomUshaAAstroGoO#OnDemandCCurangTanpaNiatCCTNmmegadramaaastromalaysiassookamalaysiabbambamstudiosmmalaydramattrendingAAstroBaharuDDramaTikTokssembangentertainmentddramaviralf#fyp?SembangMovieBBamBamStudiosKKongsiBersamaKongsiCerita
Menerusi temu bual bersama Bambam Studio, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mendakwa salah seorang lelaki yang dicintainya pernah menjalinkan hubungan bersama wanita lain sehingga hamil.
Dia mengandungkan perempuan itu, lepas tu dia tak nak bayar.
Menurut aktres berusia 36 tahun tersebut, wanita berkenaan juga pernah cuba menghubunginya.
Perempuan itu telefon dan DM (direct message) aku.
Tapi dia tak nak juga dekat kau bukan? Dia dengan kau ke sekarang, tidak bukan? Sia-sia kau mengandungkan anak dia.
Tak mahu bergaduh
Dalam pada itu, Zarina atau mesra disapa Anju berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk bergaduh dengan wanita tersebut demi seorang lelaki.
Aku bukan jenis nak bergaduh dengan perempuan untuk jantan. Kalau kau boleh ambil, ambil lah.
Kalau dia milik awak, dia akan jaga batas dengan perempuan lain.
Untuk rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang berasal dari Brunei pada 2015, namun mereka berpisah pada tahun 2016.
Hasil perkahwinan itu, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia tujuh tahun.
Zarina kemudian mendirikan rumah tangga bersama Eliyas Azhar pada 2017 Julai 2020 namun bercerai pada 2 Mei 2021.
Sumber: BamBam Studio TikTok