Penyanyi Black Hanifah berkongsi tentang kejadian ketika berdepan dengan seorang peminat wanita.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Black Kongsi Tentang Wang Simpanan & Hasil Jual Beli Rumah – ‘Dari Situ Saya Jana Duit, Beli Tanah Di Langkawi & Kapal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Black Hanifah Pulih Dari Pembedahan Buang Ketumbuhan Di Anak Tekak – ‘Saya Ingatkan Terkena Sihir’
Dipeluk peminat
@syoksyoksyok Sambil merefleksi perjalanan hidup dan kariernya, Black turut berkongsi harapan serta perancangan masa depan yang mencerminkan semangatnya untuk terus maju. #SYOK #podcasts #cofenssionbilikgelap #black #blackhanifah #fyp #fypage
Menerusi temu bual bersama Confession Bilik Gelap, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah memberitahu bahawa isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi atau lebih dikenali sebagai Cira, kurang senang dengan seorang peminat wanita yang merangkul pinggang suaminya.
Pada mulanya, isteri saya susah nak terima apabila ada yang nak ambil gambar sampai peluk saya. Walaupun saya ini suami orang tetapi peminat tak kisah.
Seorang peminat wanita pernah minta ambil gambar bersama kemudian dia peluk pinggang saya. Isteri saya pula berdiri di belakang kami.
Respons isteri
Menurut pelantun lagu Teman Pengganti itu, Cira kemudian bertindak memukul tangan wanita tersebut.
Wanita berkenaan kemudian tidak lagi menyentuh Black dengan meletakkan tangannya ke bawah.
Saya terdengar bunyi ‘pap’, ada orang yang memukul tangan peminat itu tetapi isteri saya berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Selepas pukul tangan peminat wanita itu, dia terus letak tangannya ke bawah.
Selepas peminat itu pergi, isteri saya tanya sama ada saya tahu atau tidak tentang tindakannya itu.
Sekadar info, Black mendirikan rumah tangga bersama Cira pada 13 September 2013. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan, 9, dan Rindu Dayyana, 6.
Sumber: TikTok Syok