Isteri kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi memaklumkan dirinya berasa sangat sedih susulan penahanan reman suaminya atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis pada 14 Disember lalu.
Artikel Berkaitan: ‘B, I Janji Kita Akan Bersatu Semula Dalam Masa Terdekat’ – Isteri Along Cham
Isteri rasa ‘lost’
Memetik laporan Harian Metro, Afreena juga mendedahkan bahawa dirinya mengalami ‘mild depression’ sehinggakan berat badannya berkurangan sebanyak lima kilogram dalam masa 10 hari.
Saya berasa sangat sedih, tidak lalu makan dan tidak boleh tidur malam sehingga mengalami ‘mild depression’ (kemurungan ringan) sejak suami ditahan reman.
Saya juga kurang sihat, sakit kepala sehingga berat badan pun turun sebanyak lima kilogram dalam tempoh 10 hari ini.
Tambah wanita berusia 32 tahun itu, dia berasa seperti ‘lost’ sejak Along ditahan reman kerana suaminya itu merupakan individu yang sentiasa ada bersama dengannya tidak kira masa.
Kami berdua bukan sekadar suami isteri tetapi seperti kawan baik. Kalau pergi beli bawang atau ‘laundry’ (dobi) pun dia akan teman saya. Dia adalah ‘my world’ (segalanya) bagi saya.
Setiap kali saya pergi ‘out station’ dalam dan luar negara, dialah yang akan hantar dan ambil di lapangan terbang sebelum ini.
Saya juga berasa sebak bila suami cakap dia sangat sayangkan saya dan tak pernah menyayangi wanita lain seperti mana dia sayang saya.
Perlu bangkit demi Along
Walau bagaimanapun, ibu kepada empat orang anak ini meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada ahli keluarga sepanjang ujian ini.
Ujar Afreena, dia juga perlu kuat demi anak-anak dan bangkit untuk membantu Along supaya dapat dibebaskan.
Saya bersyukur kerana keluarga terutama ayah memberi sokongan untuk saya berdepan dengan ujian ini.
Along juga rapat dengan tiga anak saya dan saya juga terpaksa beritahu anak-anak, papa mereka mereka tidak ada di rumah kerana keluar bekerja.
Pada masa sama, majikan saya juga memberi sokongan sepenuhnya jika saya memerlukan bantuan termasuk membenarkan untuk saya bekerja dari rumah.
Terdahulu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis di dua mahkamah berasingan diMahkamah Sepang membabitkan ganja seberat 58.23 gram (g) dan 2.07g.
Sebelumnya, media melaporkan seorang pelawak itu ditahan oleh sepasukan anggota polis bersama dua paket lutsinar disyaki ganja pada 14 Disember.
Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.
Hasil ujian air kencing yang dibuat juga menunjukkan suspek positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).
Sumber: Harian Metro