Dipersoal mengapa tidak menyertai Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), penyanyi Mafarikha memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri.
Artikel Berkaitan: Tertekan Ulang Alik Hospital, Mafarikha Cuba Menyanyi Dengan Satu Setengah Paru-Paru
Artikel Berkaitan: Nampak 3 Pesakit Kritikal Meninggal Dunia Sebelah Katil, Mafarikha Kongsi Cerita Sebulan Di Hospital – ‘Tolong Jaga Adab’
Komitmen pertandingan
Mafa atau nama lengkap Mafarikha Md Akhir, 33, berkata, pertandingan menuntut komitmen yang sangat tinggi, namun pulangan atau hadiah yang dijanjikan belum pasti berbaloi.
Jelasnya, dia kini dalam fasa mahu berehat di rumah tanpa menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.
Ramai sangat bertanya kenapa saya tak masuk CSOIAM atau pertandingan nyanyi. Sebenarnya saya memang tidak mahu sertai mana-mana pertandingan.
Sebab saya dalam fasa santai (rileks era), saya suka duduk rumah dan berehat. Kerana jika masuk pertandingan, komitmen yang dituntut sangat tinggi tetapi pulangan belum pasti.
Lagi pun saya tahu, saya ini bukan One In A Million pun. Kalau masuk belum tentu menang.
Mafa berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok bagi membalas pertanyaan pengikutnya.
Perjalanan sebenar penyanyi
Tambah bekas peserta program Vokal Bukan Sekadar Rupa itu lagi, pertandingan hanya platform untuk penyanyi membina nama, namun perjalanan karier sebenar bermula adalah selepas habis bertanding.
Pertandingan merupakan platform untuk seseorang penyanyi bina nama, yang penting adalah perjalanan kerjaya selepas pertandingan selesai.
Ada sahaja kawan saya yang bertugas semasa ujibakat CSOIAM ajak ujibakat, namun saya memang tidak mahu pergi.
Sekadar info, Mafa merupakan Naib Jura Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama.
Selain itu, dia juga pernah menyertai pertandingan Asia’s Got Talent musim kedua pada 2017.
Sumber: TikTok