Pelakon Jay Iswazir berharap salah faham yang membabitkannya dengan bekas isteri, Azzahra dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Artikel Berkaitan: Azzahra Ahmad Dedah Punca Penceraian, Jay Iswazir Desak Gugurkan Kandungan – ‘Baru Kahwin 3 Bulan Dah Kena Belasah’
Artikel Berkaitan: Isteri Jay Iswazir Umum Bercerai Selepas Dua Tahun Kahwin – ‘Kesakitan Ini Tak Mampu Untuk Saya Menanggung Sendirian’
Artikel Berkaitan: Jay Iswazir Dakwa Difitnah, Sudah Hantar ‘LOD’ Kepada Bekas Isteri & Minta Buat Permohonan Maaf Dalam Tempoh Tujuh Hari
Dalam proses berbincang
Menurut Jay, dia tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan terhadap Azzahra selepas mengeluarkan notis tuntutan atau Letter Of Demand (LOD) permohonan maaf pada 19 Disember lalu.
Pihak Azzahra ada membalas balik LOD itu, Alhamdulillah dan apa yang saya boleh kongsikan di sini sekarang kami dalam proses berbincang. Pertamanya, untuk mendapatkan perdamaian dan keduanya untuk membersihkan apa yang dikeruhkan.
Saya tidak ‘rushing’ untuk bersihkan nama saya sebab ini membabitkan salah faham dan emosi. Saya juga tidak boleh pentingkan diri sendiri jadi saya ‘go with the flow’. Selebihnya saya memilih untuk tidak komen kerana ini boleh berlaku salah faham sebab apabila saya serahkan perkara ini kepada pihak ketiga iaitu peguam, saya rasa ia tindakan yang betul.
Saya juga memilih untuk reda, dan saya nampak ada sinar perdamaian. Sebab saya percaya apa yang berlaku adalah salah faham dan bila salah faham, sukar untuk mendapatkan penjelasan sebab akhirnya dalam hidup ini kita tidak akan rasa kita salah atas apa kita buat.
Itu sebab kita perlukan orang ketiga itu juga kenapa saya mengambil langkah berbicara menerusi undang-undang.
Tambah Jay, dia masih mahukan permohonan maaf daripada Azzahra selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Dugaan saya
Jay yang ditemui pada majlis pelancaran runut bunyi dan trailer filem Dajal di GSC The Starling, hari ini turut mengakui bahawa dia belajar untuk tidak sewenang-wenangnya bertindak dan mengeluarkan kenyataan sebaliknya, memilih untuk bertenang dan mendiamkan diri.
Apa yang saya buat selama ini iaitu berdiam diri, sebab ini adalah isu yang sangat sensitif dan saya menjaga sensitiviti, yang mana apa saja yang orang katakan dan fikirkan, hanyalah tindak balas dari apa yang berlaku dan selebihnya saya mengharapkan anda di luar sana mendoakan yang terbaik.
Sebab bagi saya ini adalah dugaan saya dan isu rumah tangga. Ada aib yang perlu dijaga. Saya berdiam kerana saya mahu mendapatkan ketenangan untuk berfikir apa yang seharusnya saya buat.
Terdahulu, Azzahra diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktor berusia 42 tahun itu bermula tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember 2024.
Sekiranya Azzahra enggan berbuat demikian, Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertindak menuntut ganti rugi.
Difahamkan, notis tersebut dikeluarkan berhubung kenyataan dibuat Azzahra baru-baru ini mendakwa aktor itu telah mengasarinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.
Selain itu, Azzahra juga mendakwa Jay culas dalam membayar nafkah selama tempoh dia menjadi isteri.
Sekadar info, Jay dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan mengumumkan perceraian mereka pada 30 November lalu.