Pereka fesyen terkenal, Razman berkata, dia tidak pernah lupa soal hutang sekiranya meminjam wang daripada mana-mana individu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Boleh Makan Bubur Sahaja’ – Razmi Kena Dua Jahitan Di Pipi, Tunggu Prosedur Mahkamah
Artikel Berkaitan: Razmi Akui Hutang Punca Diserang, Dakwa Jurugambar Setuju Terima Bayaran Secara Ansuran – ‘Janganlah Buat Wajah Orang Macam Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Trauma Lihat Pereka Fesyen Dipuk*l Jurugambar – ‘Saya Ingatkan Itu Hanyalah Gurauan’
Tolong bagi bukti
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Razman berkata, dia agak terkejut apabila muncul beberapa individu yang tidak dikenali mendakwa dia pernah berhutang dengan mereka. Tambah Razman, dia menerima komen dan direct message di media sosial mengenai perkara tersebut.
Saya tahu siapa yang saya pernah berhutang atau menggunakan duit. Bagi yang komen dekat Facebook dan Instagram tu, bila saya minta bukti tak boleh bagi. Banyak yang tiba-tiba muncul ketika isu saya sedang viral. Saya tahu siapa yang saya pinjam. Untuk orang-orang yang minta duit balik, saya mahu bukti.
Ujar Razman lagi, sepanjang 25 tahun dalam industri fesyen, dia sudah mengenali dan berjumpa dengan ramai orang.
Saya tahu siapa orang yang betul dan siapa yang buat-buat cerita. Kalau benda ni tak betul akan nampak tak betul. Kalau betul akan terserlah betul. Saya tak pernah kata saya tak berhutang. Sesiapa berniaga mesti ada hutang. Cuma sikit atau banyak. Kami tak ada hutang sampai berjuta-juta. Bisnes kan ada pasang surut, naik turun. Ada kalanya sibuk sangat dan ada masa duduk sahaja. Kami ambil itu sebagai cabaran dan orang boleh cakap apa sahaja tetapi cuba letak diri di tempat kami.
Dia boleh buat tak apa yang kami buat. Boleh kendalikan tak apa benda yang nak berlaku macam PKP. Kita tak jangka kan? Ini mungkin dugaan buat saya. Saya berserah kepada Allah. Minta yang baik-baik untuk kita semua yang dalam kesusahan.
Disoal mengapa memilih untuk mendiamkan diri dan tidak berkongsi mengenai kesusahan yang sedang dihadapi, Razman dengan nada sebak berkata, dia tidak suka berkongsi masalah peribadi kepada umum.
Saya nak jadikan kesusahan saya adalah kisah peribadi saya. Tak suka cerita dekat orang. Semua orang ada masalah sendiri. Cara kita menangani, jangan lari dari masalah. Bila buka bisnes, biarlah apa orang nak cakap. Nanti suatu hari biar orang nampak kita bukan sejahat yang mereka sangka. Biar orang nak cakap apa. Buat kawan yang mengata dan bersimpati, terima kasih sangat-sangat. Dalam dunia kita ni sangat mencabar, jadikan ia semangat untuk ubah kehidupan.
Saya tengah kuat bekerja untuk keluar dari masalah. Cuma tak suka bercerita. Kesusahan biar saya saja yang tahu. Saya nak semua orang tahu saya gembira.
Di akhir temu bual, Razman terharu apabila ramai rakan selebriti yang prihatin terhadap dirinya.
Mereka menangis tanya kenapa tak bagitahu mereka. Saya kata InsyaAllah akan okey. Terima kasih .