Pempengaruh, Jason sekali lagi meraih perhatian dengan tindakannya yang memberi ‘review‘ jujur pada kontroversi Sate Bhalut milik penyanyi Mark Adam.
Artikel Berkaitan: Bisnes Sate Bhalut Dapat ‘Review’ Buruk, Mark Adam Komen ‘Janganlah Menipu Bro, Kami Dah Dua Hari Tak Meniaga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sate Bhalut Didakwa Terlalu Mahal, Mark Adam Tampil Perjelas Kos Perbelanjaan – ‘Kami Guna Daging Premium Dari Kilang Sudah Established’
‘Review’ jujur
@scaredtodie alamak lupa makan packaging untuk rasa #malaysiafood #foodreview #makanlokal #jasonfoodreview #scaredtodie #klfoodie #mahalnamampuiii ? original sound – Jason ??
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Jason dilihat berada di Havoc Food Festival demi mendapatkan Sate Bhalut.
Menurutnya, dia menunggu selama dua jam kerana tiada info waktu dibuka.
Saya order kambing set C.
3 cucuk kambing dan air blue lemonade, RM24.90.
Kulit popiah rangup dan rasa wangi.
Setakat ini bila makan, saya tak rasa tendons dan daging kambing dekat dalam rasa perapan yang manis.
Rasa agak kering tapi tidak lah teruk.
Kuah kacang sedap, ada ketulan kacang dan aroma kacang itu sangat kuat apabila dimakan.
Tak berbaloi
Walau bagaimanapun, pempengaruh tersebut tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan untuk tiga cucuk sate beserta air.
Untuk harga RM24.90 memang mahal.
Pada saya, tidak berbaloi untuk dapatkan Sate Bhalut dengan harga dan kuantiti yang sebegitu.
Pada akhir perkongsian, Jason memberi 7.3/10 untuk keseluruhan rasa Sate Bhalut.
Sumber: TikTok Jason