Pelakon senior, Datuk Rosyam Nor ketika ini sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersama aktor tampan, Fattah Amin.
Terbaharu, tular satu video memaparkan momen mereka sewaktu di set penggambaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Senarai Kriteria ‘Live Host’, Netizen Seru Nama Amira Othman – ‘Approve, Lengkap Semua Ciri-Cirinya’
Cadang Fattah kahwin Erma Fatima
@umieaida_9 Nasihat yang pelik2 sekadar hiburan. Beginilah keadaan kami sementara menunggu set nak siap. Sape yang ada sc dengan abg rosham.. maka bersiap sedialah dgn nasihat2 yang kelakor siam ? #fyp #nasihat #jodoh ? original sound – Umieaidaofficial
Menerusi perkongsian yang dibuat pelakon, Datin Seri Umie Aida di TikTok, Rosyam Nor dengan nada berseloroh mencadangkan Fattah untuk berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima.
Aku rasalah kan Fattah, masalah kau ini dan orang yang paling tempat untuk kau adalah kau kahwin dengan Erma Fatima.
Erma ini pun kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun dah tak boleh beranak. Jadi, kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa.
Selepas itu pula, Umie Aida akan jadi adik ipar kau.
Erma, aku rasa Fattah ini sesuailah dengan kau.
Fattah Amin kemudiannya kelihatan tercengang memandangkan Umie Aida akan memanggilnya abang selepas mendengar mendengar ‘cadangan’ daripada Rosyam.
Maknanya kak Umie Aida akan panggil saya abang?
Macam-macam dia punya nasihat eh? Pelik-pelik.
Video yang dikongsi Umie itu kemudiannya menyorot perhatian ramai dan meraih lebih 580,000 tontonan dan lebih 30,000 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi yang ditunjukkan Fattah Amin.
Komen netizen
Sumber: TikTok Umie Aida