Walaupun sudah bercerai dengan bekas suami, namun kehidupan seharian koreografer popular, Linda Jasmine tidak banyak perbezaan.
Artikel Berkaitan: Que Haidar, Linda Jasmine Sah Bercerai 2 Julai Lalu – ‘Mungkin Ini Jalan Terbaik, Kami Masih Berkawan’
Tiada perbezaan
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, Linda atau nama lengkapnya Linda Jasmine Hashim memberitahu bahawa hubungannya dengan bekas suami iaitu pelakon Que Haidar, tetap baik meskipun mereka memilih jalan perpisahan.
Sebelum saya kahwin dengan Que pun, saya sudah biasa seorang dan semua urusan saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tiada beza, sama sahaja.
Tiada rasa gementar atau apa-apa sebarang masalah. Hubungan kami pun okay. Kami berpisah cara baik, Alhamdulillah.
Linda berkata demikian ketika ditemui pada majlis anugerah Nona Superwoman 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Tak kongsi di media sosial
Dalam pada itu, guru tari berusia 52 tahun tersebut dan Que memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi di media sosial sekaligus membuatkan warganet berasa kagum.
Linda juga meluahkan rasa lega kerana kisah perceraiannya tidak menjadi sorotan terlalu lama di media.
Memang saya cuba elak sebaik mungkin daripada apa-apa khabar berita di media sosial. Sebab bagi saya, itu adalah isu peribadi kami dan untuk apa saya nak kongsikan dengan semua orang?
Jadi saya rasa tak perlu, bila berita itu (perceraian) keluar pun hanya kecoh sehari sahaja.
Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 namun bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.