Selepas mengaku kini dalam fasa mengenal hati budi, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr.E di mata umum.
Artikel Berkaitan: Erra Fazira Bagi ‘Hint’ Dah Temui Pengganti? – ‘Selamat Ulang Tahun Buat Kamu Yang Mendamaikan’
Artikel Berkaitan: Erra Fazira Dipuji, Tak Pernah Sebar Aib Bekas Pasangan – ‘Sampai Sekarang Tak Tahu Kenapa Putus Tunang & Bercerai’
Kongsi keakraban
Terbaharu, Erra atau nama lengkap Fazira Wan Chek, 51, dilihat bersama jejaka terbabit pergi melawat seorang individu dipercayai rakan mereka di sebuah pusat perubatan.
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Mr. E di Instagram Story, dia mendoakan kesembuhan buat rakan mereka yang dikenali sebagai Syam. Turut bersama dalam foto tersebut adalah pengurus Erra.
Sebelum ini, pelantun lagu Pasrah itu mengaku sedang mengenali hati seseorang dan meminta semua pihak untuk memberi ruang kepadanya.
Erra bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci sejauh mana pengenalan mereka dan meminta doa semua peminat.
Sementara itu, Mr.E menerusi satu kenyataan juga mengakui mereka berkawan baik dan tidak menafikan mereka dalam fasa saling mengenali hati budi masing-masing.
Sumber: Instagram