Usahawan sensasi dan pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof meluahkan rasa syukur apabila sudah selesai mengerjakan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Dedah Sempat Ke ‘Shopping Mall’ Selepas Peroleh Pasport Sementara Untuk Tunai Umrah – ‘Saya Terkejut Ramai Tegur Nak Peluk’
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof & Fadza Percaya Sistem Kehakiman Untuk Bersihkan Nama, Mahu Jalani Kehidupan Normal Demi Tersayang
Selesai umrah
Vivy atau nama lengkap Vivy Sofinas Yusof berkongsi kesyukuran itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Pada perkongsian itu, Vivy turut memuat naik foto bersama suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar memperlihatkan mereka mengenakan pakaian ihram dengan berlatar belakang Kaabah.
Alhamdulillah, suami dan saya sudah selesai kerjakan ibadah umrah kami.
Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-rata kenalan dan wargamaya turut meluahkan rasa syukur atas rezeki serta kesempatan pasangan itu dapat dijemput ke Tanah Suci.
Wargamaya juga mendoakan agar urusan Vivy, suami serta keluarga mereka dipermudahkan.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vivy dan Fadzarudin untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi membolehkan mereka menunaikan umrah.
Sumber: Instagram