Pentas konsert minggu keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bakal dihangatkan dengan persembahan Mimifly menerusi lagu terbaharunya yang sedang menjadi siulan berjudul ‘Angkat’.
Artikel Berkaitan: Sarah Ismail Syukur Dengan Komen Juri Profesional, Harap Tidak Letakkan Ekspektasi Tinggi Pada Peserta – ‘Saya Harus Mendidik Sebaik Mungkin’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rezza Shah Trauma Selepas Kemalangan, Kesan Lupa Ingatan Sampai Susah Hafal Lirik – ‘Saya Koma 2 Hari, 11 Jahitan Di Kepala’
Kemunculan Mimifly, Ramli Sarip
Mimi bakal membuka pentas konsert minggu keempat dengan persembahan yang energitik buat penonton yang menyaksikan CSOIAM secara langsung di TV3 tepat jam 9 malam ini!
Selain persembahan Mimi, penonton juga tidak sabar untuk menyaksikan pemenang Terpaling Fizz minggu lalu, Marygrace yang akan bergandingan dengan lagenda rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip.
Marygrace dan Ramli bakal menyampaikan dua buah lagu secara medley iaitu Doa Buat Kekasih dan Nyanyian Serambi. Confirm ramai tak sabar!
Sementara itu, Hael Husaini diundang sebagai juri jemputan bagi membantu barisan juri tetap yang lain iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan untuk menilai persembahan peserta.
Hael juga bakal ‘belanja’ penonton dengan menyampaikan dua buah lagu hits miliknya, Sama Seperti Dulu dan Haram pada penghujung rancangan.
Tema Senergi Muzik
Dengan tema ‘Sinergi Muzik’, berikut merupakan senarai lagu tugasan bagi peserta top 8 untuk minggu keempat:
1. Rezza Shah – Kembali Merindu & Seragam Hitam
2. Mariam – Sutera & Gila
3. Alya Mardien – Bukan Lagi Kita & Jangan Mati Rasa Itu
4. Kai Deva – Jangan Khianati Aku & Relakan Jiwa
5. Zazleen – Gelombang & Suatu Masa
6. Marygrace ft. Datuk Ramli Sarip – Doa Buat Kekasih & Nyanyian Serambi
7. Jimi – Senggol Senggolan & Drama King
8. Eylia Guntabid – Peluang Kedua & Seandainya Masih Ada Cinta
Undi peserta
Format markah adalah gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian penonton yang akan menentukan keputusan setiap minggu. Ikut tiga cara mudah ini untuk anda mengundi.
1. Pengguna baharu kini berpeluang menikmati 10 undian percuma hanya dengan mendaftar di Tonton!
2. Pengguna Tonton sedia ada juga tidak akan ketinggalan, anda akan menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik.
3. Kini anda boleh membeli produk Calpis di Shopee untuk menebus baucar eksklusif yang memberikan tambahan 50 undian bagi setiap pembelian.
Jangan lupa mengikuti perjalanan peserta menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal! Bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam.
Sorotan eksklusif ini membawa anda menyelami dedikasi, cabaran, dan pencapaian peserta sepanjang pertandingan.
Saksikan keajaiban konsert minggu keempat CSOIAM! Siaran langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton.
Jangan lupa ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami dalam mencipta fenomena luar biasa ini.