Pelakon, Zahiril Adzim membalas komen yang diberikan seorang warganet kepadanya menerusi satu sesi siaran langsung, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahiril Adzim Alami ‘Acrophobia’ – ‘Kalau Naik Highway DUKE & SUKE Saya Menggigil’
Makan tak elok bercakap?
@roslizawatiakasim sedikit ilmu Dr ketua @zahiriladzim ? original sound – ?Rose ?? ?
Menerusi potongan video dimuat naik @roslizawatiakasim di TikTok, Zahiril yang membuat sesi siaran langsung sambil makan ditegur oleh seorang netizen.
Makan tak elok bercakap.
Pemilik nama Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar itu kemudiannya memperbetulkan teguran yang dibuat netizen tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan bercakap ketika makan adalah sunnah Rasulullah SAW.
Tambah Zahiril, umat Islam selama ini telah diomok-omokkan oleh orang bukan Islam bahawa perbuatan bercakap ketika makan itu sebagai satu perbuatan yang tidak beretika ketika di meja makan.
(Tak elok bercakap ketika makan) itu adalah salah, saya kena betulkan benda ini.
Sunnah ketika makan ialah bercakap cuma masa bercakap itu kalau boleh jangan mengunyah dan waktu makan kalau boleh jangan mengunyah.
Selama ini, kita diomok-omokkan supaya bila makan jangan bercakap (table manners), itu semua kafir punya agenda.
Kalau tak percaya pergi tanya ustaz-ustaz.
Selama ini pun saya ingat macam itu, makan kena tertib tak boleh bercakap tapi rupanya itu bukan ajaran agama kita.
Dapat perhatian penceramah
@drrozaimiramleofficial Sunnah bercakap ketika makan???ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat. #UniSIRAJ #disinipencintasunnahdilahirkan #AndaiTiadaDia #sunnah ? original sound – albatross
Potongan video yang tular itu kemudiannya meraih perhatian seorang penceramah yang dikenali sebagai Dr. Rozaimi Ramle yang bersetuju dengan apa dikatakan Zahiril.
Menurut Dr. Rozaimi, terdapat hadis daripada Rasulullah SAW yang memboleh kita untuk bercakap ketika makan.
Apa yang dikatakan oleh Zahiril Adzim itu adalah benar.
Dalam hadis riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad SAW diberikan kambing bahagian betis lalu baginda menjamah sedikit daripada daging tersebut lalu menyebut, ‘Aku adalah penghulu bagi manusia’.
Dalam hadis lain pula, Nabi Muhammad SAW telah bertanyakan kepada keluarganya apakah lauk untuk dimakan lalu mereka menjawab, ‘Kami hanya mempunyai cuka. Nabi SAW kemudiannya mengatakan, ‘Sebaik-baik lauk ialah cuka’.
Imam Nawawi juga mengatakan hadis ini menunjukkan bahawa digalakkan untuk bercakap-cakap ketika sedang makan kerana ia memberikan kemesraan kepada orang yang sedang makan dengan kita.
Islam itu menggalakkan kita berhimpun dan makan bersama-sama.