Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa sedih apabila terpaksa dimasukkan ke hospital pada hari ulang tahun kelahiran isteri tercinta.
Artikel Berkaitan: Saharul Ridzwan Jual Rumah Di Cyberjaya – ‘Dengan Pengorbanan, Akan Datang Kemanisan’
Artikel Berkaitan: Saharul Ridzwan Rasa Beruntung Dapat Buat ‘Sharing Session’ Dalam Majlis Ilmu – ‘Dulu Aku Ajak Manusia Tengok Drama Lakonan Sendiri’
Kesian dekat dia
Menurut Saharul, dia berasa kasihan terhadap isterinya iaitu Deena Amir kerana terpaksa berulang-alik dari rumah dan hospital untuk menjaganya dan anak-anak.
Hari ni birthday isteri aku. Kesian dia, ulang-alik jaga aku kat hospital sambil uruskan anak-anak di rumah. Sebagai suami, hati ni rasa berat, sebab dia layak sambut hari ni dengan senyuman dan rehat, bukan dengan beban tambahan. Tapi aku sedar, Allah bagi aku peluang untuk nampak betapa kuat dan ikhlasnya dia.
Kesakitan ni buat aku berfikir. Setiap nafas, setiap detik, semua pinjaman dari Allah. Dan dalam susah ni, aku nampak kasih sayang Allah, melalui isteri aku yang tak pernah penat menjaga. Maha hebat Allah, tak pernah tinggalkan hambaNya walau sekejap.
Doakan saya cepat sembuh
Tambah Saharul, dia sedar nikmat kesihatan memang tak ternilai.
Mungkin ada yang baca ni tengah rasa berat juga. Tapi percayalah, di sebalik ujian, ada kasih sayang Allah yang kita tak nampak. Cuba cari, cuba rasa. Sebab setiap luka, setiap sakit, ada pelajaran yang Dia nak ajar.
Doakan aku cepat sembuh, dan kalau ada masa, peluk orang yang kau sayang hari ni. Sebab kita tak tahu, berapa banyak hari lagi Allah bagi peluang macam ni. Kesakitan adalah tarbiah. Rahmat Allah datang dalam bentuk yang kita tak pernah jangka.
Mungkin ada yang baca ni tengah rasa berat juga. Tapi percayalah, di sebalik ujian, ada kasih sayang Allah yang kita tak nampak. Cuba cari, cuba rasa. Sebab setiap luka, setiap sakit, ada pelajaran yang Dia nak ajar. Doakan aku cepat sembuh, dan kalau ada masa, peluk orang yang kau sayang hari ni. Sebab kita tak tahu, berapa banyak hari lagi Allah bagi peluang macam ni. Kesakitan adalah tarbiah. Rahmat Allah datang dalam bentuk yang kita tak pernah jangka.
Sumber: Saharul Ridzwan