Pelakon, Shasha Abedul kini sah bertunang dengan jejaka pilihannya.
Artikel Berkaitan: Tiga Tahun Shasha Abedul ‘Berjuang’ Hidup Hidap Depresi & Anxiety – ‘Jumpa Psikologi & Terapi, Alhamdulillah Saya Okay’
Tahniah!
Berita baik itu dikongsikan sendiri Shasha menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Shasha yang mengikat tali pertunangan pada 11 Januari dilihat mengenakan baju berona putih sepanjang majlis berlangsung.
Shasha juga meluahkan rasa syukur dan berharap agar ikatan pertunangannya itu dapat berkekalan hingga ke jenjang pelamin.
Hari ini (11 Januari) kami meraikan cinta murni, ikhlas, tanpa syarat dan abadi.
Detik ini menandakan permulaan perjalanan yang indah, berjanji untuk menghargai, menyokong dan sentiasa bersama.
Cintamu terpancar melalui setiap pandangan, senyuman dan sentuhan.
Semoga pertunangan ini dipenuhi dengan gelak tawa, kenangan yang tak berkesudahan dan hubungan yang paling dalam.
Walau bagaimanapun, Shasha tidak mendedahkan wajah mahupun nama jejaka pujaannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Shasha atas pertunangannya itu.
Komen netizen
Sumber: TikTok