Sebagai tanda penghargaan, usahawan pempengaruh media sosial iaitu Hafiz Mahamad menghadiahkan bonus dua hingga tiga bulan gaji buat para pekerjanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Hadiahkan Staff Bonus Tiga Bulan Gaji, Termasuk Tiket Umrah
Nak ajar staf menyimpan
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hafiz memaklumkan dia sudah memberikan hadiah bonus tersebut kepada semua pekerjanya sejak mula berniaga kira-kira lapan tahun yang lalu.
Ujar pemilik nama Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad ini, dia memberikan bonus tersebut kerana mahu semua pekerjanya hidup senang dengan cara mengajar mendidik mereka untuk menyimpan.
Setiap tahun kalau raya atau awal tahun, pasti akan ada ‘surprise bonus’ tapi tahun ini saya tak tahu ia akan menjadi surprise lagi tak pada mereka.
Saya nak semua senang di sini. Alhamdulilah ada staf yang dah berjaya ada simpanan sebanyak RM50,000 walaupun baru empat tahun bekerja.
Saya sangat tegas bab menyimpan kerana saya nak semua (bekerja) dekat sini senang.
Selain bonus, Hafiz memaklumkan bahawa dia ‘mengajar’ pekerjanya untuk menyimpan dengan cara memberikan beberapa ‘benefit’ sepanjang mereka bekerja di syarikatnya.
Macam mana mereka boleh menyimpan?
Makanan setiap hari disediakan, kos bersalin akan ditanggung syarikat sebanyak 50% dan jika ada yang susah, kita akan bagi ‘financial support’.
Di akhir perkongsian, Hafiz berharap agar pekerjanya seronok dan bersyukur serta tidak mudah leka dengan pemberiannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Hafiz dimurahkan rezeki dan perniagaannya akan menjadi lebih maju di masa akan datang.
Komen netizen
Sumber: IG Hafiz Mahamad