Sekadar gambar hiasan
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya! Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi seorang lelaki ini yang secara tidak sengaja telah menceraikan isterinya.
Artikel Berkaitan: Gadis 19 Tahun Rac*n Adik Ipar Sampai Mat* & Sorok M*yat Belakang Almari..Suami Nekad Lafaz Cerai Talak 3
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adakah Suami Boleh Paksa Bekas Isteri Untuk Rujuk Semula? Ini Penjelasan Menurut Islam
Tak sengaja lafaz talak
Sekadar gambar hiasan
Menerusi luahan yang dikongsikan semula di platform X, lelaki ini memberitahu dia tidak dapat menahan rasa marah selepas isterinya terlanggar kereta mewah milik seorang individu.
Dalam keadaan yang emosi disebabkan insiden itu, lelaki ini mengaku tidak sengaja telah melafazkan talak tiga kepada isterinya itu sedangkan dia langsung tiada niat untuk berpisah.
Aku tercerai isteri aku talak tiga sebab dia langgar kereta mahal orang, aku tahu aku bodoh tapi aku dah tak tahu nak buat apa ni. Kitorang ada empat orang anak.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menasihati lelaki ini agar merujuk perkara tersebut kepada pihak yang berwajib kerana isu perceraian adalah satu isu yang besar dan tidak boleh dipandang remeh.
Pergi selesaikan kes di Perlis sebab masih dikira talak satu. Di negeri lain biasanya seperti dilafazkan.
Cuba bawa ke mahkamah, kot dalam keadaan tak waras, talak tak dikira.
Aku pelik betul orang yang sayangkan harta lebih berbanding kelaurga. Harta boleh dituakr ganti, keluarga ni bukan senang nak tukar ganti.
Rujuk dengan mahkamah syariah terus. Dapatkan pencerahan di situ.
Sumber: Meinmokhtar