Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah dan wajib bagi umat Islam untuk menyempurnakan jenazah sebelum dikebumikan.
Artikel Berkaitan: Anak Hembus Nafas Terakhir Ketika Teman Jenazah Ibu, Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad
Artikel Berkaitan: Guru Al-Quran Maut Kemalangan, Saksi Dedah Jenazah Bersih Tanpa Darah – ‘Hentaman Sangat Kuat Tapi Hanya Luka Di Dagu’
Jawapan yang tidak diduga
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Nyna berkongsi pengalamanya mengikuti kursus mandikan jenazah.
Difahamkan, Nyna mengajukan soalan mengenai dugaan terbesar yang dihadapi kumpulan yang menguruskan jenazah.
Aku ada kursus mandikan jenazah.
Dan aku tanya secara santai pada team itu tentang dugaan yang mereka hadapi masa uruskan jenazah.
Mereka pandang satu sama lain dan beritahu dugaan terbesar adalah menguruskan jenazah yang obesiti.
Dugaan uruskan jenazah obesiti
Menurut pengurus jenazah, mereka memerlukan kudrat yang kuat dan menahan diri daripada mengata si mati.
Ujian buat si mati.
Dan ujian buat kami yang menguruskan ini memerlukan tenaga yang kuat supaya tidak menganiaya jenazah.
Kami juga kena tahan diri dari mengata.
Dalam pada itu, individu tersebut sempat mengingatkan orang ramai menjaga kesihatan kerana badan seseorang itu merupakan amanah Allah.
Sumber: TikTok @Nynabukater