Dunia perfileman seram tempatan bakal digegarkan dengan tayangan filem ‘EMP4T’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adriana Adnan Jadikan Podcast Ruang Terbuka ‘Safe Space’ Untuk Kongsi Cerita, Idam KJ Sebagai Tetamu Musim Kedua
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adriana Adnan Menangis Dapat Bergambar Park Seo Joon – ‘Biasalah Bila Dah Jumpa Idola Sendiri’
Kisah empat sahabat
Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 16 Januari 2025, filem Emp4t ini diarahkan oleh pengarah tersohor Ayez Shaukat Fonseka dan Silver Yee. Filem ini mengisahkan persahabatan, trauma, dan misteri dunia ghaib yang membelenggu kehidupan empat sahabat iaitu Sree (Adriana Adnan), Diana (Riesha Aslan), Arman (Syafie Naswip) dan Erika (Alvy Joanna).
Filem Emp4t mengisahkan Sree, seorang gadis yang mempunyai kelebihan melihat makhluk halus. Filem ini membawa penonton menelusuri cabaran hidupnya yang penuh kesunyian dan trauma. Bersama sahabat-sahabatnya Diana, Arman, dan Erika, mereka cuba menghadapi rahsia kelam yang menghantui mereka sejak zaman kanak-kanak.
Setelah satu peristiwa aneh berlaku, empat sekawan ini mula dibelenggu dengan gangguan misteri yang berkait rapat dengan trauma gelap masa silam Sree. Bersama, mereka perlu merungkai misteri sumpahan yang berkait rapat dengan sumpah darah sebelum perkara tidak diingini terjadi.
Bawa elemen seram yang segar
Dengan pengalaman luas dalam menghasilkan filem seperti ‘Ngesot’ serta arahan aksi ‘Projek Kahar Kapla High Council’ penggusti tersohor negara Ayez Shaukat Fonseka kini membawa elemen seram yang segar dan mendalam ke layar perak.
Gabungan elemen seram psikologi dan kisah persahabatan menjadikan ‘EMP4T’ sebuah filem yang menghiburkan dan memberi kesan mendalam. Selain daripada itu, tiga daripada empat pelakon utama (Adriana Adnan, Alvy Joanna dan Riesha Aslan) buat pertama kalinya membintangi filem.