Pelawak Shuib mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan kata-kata atau tanggapan negatif yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cover’ Lagu Kehilangan, Suara Matin Dipuji Netizen – ‘Sedap Weh, Dia Ada Vibrato’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Arwah Siti Sarah Pernah Berhasrat Hantar Anak Ke Kelas Vokal Jika Mahu Jadi Penyanyi – ‘Saya Tak Halang & Akan Sokong Dia’
‘Saya tak boleh halang minat dia’
Ketika ditemui OhBulan!, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 41, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir individu yang mendakwa dirinya ‘menjual anak’ demi meraih populariti.
Sebelum ni tak ada pula orang kata saya jual anak. Saya bapa dia (Talita), saya tahu apa perkara yang bagus dan tak bagus untuk dia. Pertama saya letakkan agama, kedua adalah pelajaran dan ketiga minat dia iaitu menyanyi.
Saya tak boleh halang minat dia, mungkin menyanyi adalah suplemen untuk dia. Mungkin dengan menyanyi boleh buat dia gembira, kenapa saya nak halang? Lebih baik anak saya ada minat daripada tak buat apa-apa.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024 yang diadakan di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Rabu.
‘Ini bukan istilah tentang jual anak’
Dalam pada itu, Shuib turut menjelaskan bahawa dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap minat anak-anak.
Saya sebagai ibu bapa hanya beri sokongan dengan dia. Mana ada ibu bapa tak nak tengok anak berjaya.
Ini bukan istilah tentang jual anak, saya sebagai bapa hanya nak tengok anak-anak berjaya. Kalau ada bimbingan yang bagus daripada ibu bapa, InsyaAllah anak-anak boleh jadi orang berjaya.
Sementara itu, Shuib akui terharu dengan tindakan anaknya, Talita yang menyatakan hasrat untuk membersihkan namanya daripada menjadi sasaran kritikan netizen.
Itu berlaku secara tiba-tiba, saya tak ajar Talita cakap seperti itu dan saya juga tak tahu perasaan dia terhadap saya macam mana. Tapi dia makin besar dan tengok di media sosial. Mungkin dia tahu apa yang orang cakap tentang bapa dia.
Masa Talita cakap dia jadi penyanyi sebab nak tolong saya, sebagai bapa mestilah saya rasa sedih. Tapi kalau dia ada perasaan macam tu, saya bangga sebab ada anak yang ingat bapa dia.
Dia juga berjanji nak jadi penyanyi sebenar dan tidak akan mengecewakan saya.