Pempengaruh Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa marah selepas membaca kenyataan dibuat seorang wanita yang dikaitkan dengan usahawan Jofliam iaitu Dewi.
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Terima Jodoh Awak Dengan Jofliam Dah Berakhir, Berdamailah Dengan Takdir’ – Dewi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tyra Kamaruzzaman Dedah Berat Badan Naik 14kg Sepanjang Hamil – ‘Kita Dah Tak Hot Dah’
Perasaan ibu hamil
Tyra berkata, dia berang apabila Dewi didakwa merendahkan martabat wanita hamil yang pernah melahirkan anak.
Malah, Tyra menganggap kekasih kepada Jofliam itu tidak pernah melalui kesakitan dan pergorbanan seorang ibu mengandung, melahirkan dan menjaga zuriat.
Bukan nak tunggang isu yang sedang berlaku tapi bila tengah hamil anak pertama dan memahami betapa sukarnya mengandung, berani awak cakap begitu kepada ibu yang mengandungkan, melahirkan dan menjaga dua anak.
Semua sebab kau itu gatal dan penyondol. Awak takkan faham macam mana sakitnya sebab awak bukan seorang ibu! Bencinya perempuan macam itu!
Marahnya! Semua itu untuk seorang lelaki yang mungkin tidak dapat membantu anda membuka kabinet tinggi. Maaf, geram.
Tyra berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di platform Thread miliknya.
Penyondol punca
Dalam pada itu, Tyra memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkahwinan Cik Epal dan Jofliam, namun menganggap ‘penyondol’ menjadi punca keretakan rumah tangga.
Sejujurnya saya sudah lama menjadi pembaca dalam diam dan saya tiada komen mengenai perkahwinan mereka sebab itu antara mereka berdua tapi si penyondol ini sangat gatal.
Terdahulu, Dewi mendakwa bekas isteri kepada Jofliam, Cik Epal telah mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anaknya, Han Dan Yuki.
Dewi meminta Cik Epal bersyukur kerana ada individu sepertinya yang sanggup memberi kasih sayang dan menghargai anak-anaknya.