Penyanyi Luqman Faiz memberitahu dia kini dalam fasa penyembuhan selepas didakwa mengalami gangguan mistik yang mengakibatkan dirinya menderita selama tiga bulan.
Artikel Berkaitan: Luqman Faiz Dedah Diganggu Golongan Songsang Sejak Hari Pertama Masuk Industri – ‘Video Aku Dijadikan Konten’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Luqman Faiz Berang Dituduh ‘Songsang’, Mohon Henti Hantar Gambar Tak Senonoh – ‘Aku Straight!’
Semakin okay
Terharu dengan doa dan keprihatinan peminat, Luqman atau nama lengkap Luqman Abdul Halim Faiz, 25, berkata, dia sudah mendapatkan rawatan perubatan Islam sejak dua bulan lalu.
Saya okay sahaja semua, alhamdulillah. Sudah dua bulan saya berubat. Marilah kita sama-sama jauhi sikap hasad dan dengki.
Luqman berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, pada Khamis.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Kepuraanmu’ itu turut memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dia sedang membersihkan diri menggunakan air dipercayai merupakan proses perubatan.
Terdahulu, Luqman mendakwa sering menangis tanpa sebab, rasa diperhatikan ketika tidur dan mudah tertekan akibat gangguan mistik dialami.
Menderita selama tiga bulan menanggung sakit, Luqman bagaimanapun enggan mendedahkan pelakunya dan bertindak memaafkan.
Sumber: Instagram