Pelakon Indonesia, Nikita Willy menerima pelbagai komen daripada netizen berikutan duduk bersila selepas sebulan melahirkan anak keduanya.
Artikel Berkaitan: Nikita Willy Sedih, Impian Nak Timang Anak Kedua Tak Kesampaian
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Bankrap, Ibu Sanggup Gadai Cincin Beli Ayam Goreng Untuk Nikita Willy
Duduk bersila
Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram, Nikita dilihat sangat santai tatkala duduk bersila bersama anak lelakinya iaitu Nael Idrissa Djokosoetono. Susulan daripada itu, segelintir netizen mua menegur cara Nikita duduk. Menurut netizen, cara Nikita duduk bersila jarang dilakukan oleh ibu-ibu yang lain. Tambah netizen, ia boleh menyebabkan rasa ngilu.
Sekadar info, Nikita selamat melahirkan cahaya mata keduanya di Amerika Syarikat pada 15 Disember tahun lalu. Aktres berkenaan dipercayai melahirkan anak keduanya itu di kediaman mereka menggunakan teknik bersalin dalam air.
Nikita mendirikan rumah tangga dengan Indra Priawan pada 16 Oktober 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Issa Xander Djokosoetono, 3, yang dilahirkan di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles.
Walaupun tidak menetap di Amerika namun pelakon itu memilih bersalin di luar negara kerana mahu belajar menjadi ibu bapa yang lebih baik.
Sumber: Nikita Willy