Di TikTok, viral video penceramah bebas iaitu Syamsul Debat sedang membicarakan topik anak-anak menghantar ibu bapa mereka di pusat jagaan orang tua.
Artikel Berkaitan: ‘Memaafkan Perlu Ikhlas, Bukannya Sampai Menjatuhkan Maruah Orang’ – Syamsul Debat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Debat Pesan Bagi Nafkah Guna Cara ‘Online Transfer’ – ‘Biar Ada Bukti Kalau Dia Mengadu Kita Tak Bagi’
Mereka lebih terjaga
Menurut Syamsul, meninggalkan ibu bapa di pusat jagaan orang tua bukanlah satu perkara yang salah malah, digalakkan kerana ibu bapa akan lebih terjaga jika berada di pusat penjagaan.
Tolong buang mindset letak ibu bapa di rumah orang tua maksudnya kita nak buang mereka. Pusat jagaan ni kadang kita bekerja, tak ada orang nak jaga mereka. Jadi mereka akan jaga bagi makan semua. Tetapi malam ambil. Macam konsep nursery.
Tambah Syamsul, pusat penjagaan merupakan tempat yang akan menjaga ibu bapa sekiranya anak-anak sibuk bekerja. Ujar Syamsul lagi, ibu bapa mungkin akan lebih seronok sekiranya mereka ditinggalkan di pusat penjagaan berbanding dibiarkan di rumah.
Video
@syamsuldebatofficial SYAMSUL DEBAT | MINDSET BUANG MAK AYAH ?!! -Assalamualaikum Semua! Jangan lupa, ini cuma sedutan pendek dari ceramah Syamsul Debat. Untuk menonton video penuh yang penuh dengan ilmu, jangan lupa kunjungi YouTube Channel rasmi Syamsul Debat di Syamsul Debat TV. Selamat menonton dan semoga bermanfaat! #fypage #syamsuldebat #fypmalaysia?? #fyppp #muslim #viralvideo #VIRAL #viraltiktok #2025 #fypp #ZAMAN #muslimah #hormat #ANAK #BAPA #LAWAK #orang #SUAMI #ISTERI #MAK #rumahorangtua #nursery
Sumber: Syamsul Debat