Hanya kerana tidak mahu menjaga orang tua, seorang lelaki disyaki membunuh ibu saudaranya sendiri.
Artikel Berkaitan: Anak Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Selama Tiga Tahun
Tak nak jaga orang tua
Memetik laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku di kediaman mangsa yang berusia 80 tahun di Bintulu, Sarawak dengan bantuan rakan suspek yang merupakan warga asing.
Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali siasatan awal mendapati motif suspek berbuat demikian adalah kerana tidak mahu menjaga mangsa yang sudah tua dan uzur.
Tambah Nixon, ketika polis tiba di lokasi kejadian, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.
Kedua-dua suspek kini telah pun ditahan dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian