Pempengaruh media sosial, Imran Bard tampil memberi penjelasan behubung perkongsianya di Instagram yang memberi minum susu kepada anak khinzir ketika bercuti ke Thailand, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Dikecam Susukan Anak Babi, Imran Bard Sifatkan Itu Satu Pengalaman Indah Dalam Hidup
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Bard Minta Izin Ibu Bapa Sebelum ‘Bleach’ Rambut – ‘Kalau Tak, Masa Aku Buat Dah Bernanah Kepala’
Hanya beri susu
Teruk menerima kecaman bertalu-talu, Imran meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir netizen yang meninggalkan komen melampui batas sehingga menuduh dirinya sudah murtad.
Tegas Imran, dia hanya menyusukan haiwan tersebut dan sama sekali langsung tidak menyentuh.
Isu saya susukan babi, netizen di Malaysia agak melampui batas. Saya pergi ke sebuah ladang di Thailand dan bayaran masuk adalah 100 bhat, kemudian dapat sebotol susu.
Dalam kandang tersebut ada kambing dan babi, saya hulur susu yang datang babi bukan kambing. Saya rasa anak babi tu comel dan saya tidak pernah menyusukan babi.
Saya anggap itu adalah satu pengalaman yang uni dan indah, jadi saya ambil gambar sebagai kenangan. Gambar tersebut telah ‘triggered’ ramai orang Melayu dan mereka juga komen.
Komen yang sangat tidak beradab, gara-gara foto tersebut saya dilabel murtad. Malah ada yang kata saya liberal.
Imran berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.
Ruang fitnah
@imeringue2? original sound – Anaq Kiriman Heaven
Kongsi jejaka asal Melaka itu lagi, dia turut berasa hairan dengan kenyataan segelintir wargamaya yang mendakwa dirinya sengaja membuka ruang fitnah.
Saya buka ruang fitnah? Bila difikirkan semula, saya tidak sentuh atau peluk babi tersebut. Sebab saya tahu haiwan itu haram. Binatang itu ciptaan Allah, saya hanya susukan dia.
Sekali pun saya buka ruang fitnah, itu bukan peluang anda untuk menjatuhkan fitnah terhadap saya. Fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh.
Mengakui terkesan dengan kecaman dilemparkan, Imran memberitahu dia sudah merujuk dengan seorang ustaz bagi mendapatkan pencerahan berhubung tindakannya itu.
Saya sudah merujuk seorang ustaz kerana saya rasa sangat ‘down’ dituduh murtad. Ustaz tersebut kata tidak dosa kerana saya hanya memberi susu, bukan sentuh atau makan.
Kalau tersentuh pun masih boleh samak, tiada yang salah. Apa yang saya buat tak salah dari sudut Islam, tapi salah dalam kalangan masyarakat Melayu.
Sumber: TikTok