Di TikTok, seorang wanita berkongsi momen sebak sewaktu meninggalkan ibu bapanya selepas hampir tiga bulan berpantang bersama orang tuanya itu di kampung.
Artikel Berkaitan: Mak Siapkan Lauk Juadah Seakan Tahu Nak ‘Pergi’, Anak-Anak Menangis Makan Masakan Terakhir
Momen sebak
@suhailasaupi Ya, seorang ibu pun masih memerlukan ibu. Bila fikir balik, 3 months maternity leave is the longest cuti yg ada untuk stay dengan parents di kampung bila kita da kawin and kerja jauh ? semoga mok ayoh sihat sihat selalu ?? ? #kasihibu #berpantang #ibu ? suara asli – zona_musik42
Menerusi hantaran yang dibuat, wanita yang dikenali sebagai Suhaila Saupi memuat naik video memaparkan dirinya yang berada di dalam kereta sambil mengendong bayinya yang masih kecil.
Dapat dilihat, bapa kepada Suhaila sedang menahan sebak sambil berdiri berdekatan dengan kenderaannya.
Lebih memilukan apabila ibu kepada Suhaila gagal menahan sebak dan menitiskan air mata sebelum mengesat air matanya dengan menggunakan kain tudung.
Di ruangan kapsyen, Suhaila mengimbau kembali pengorbanan ibu dan bapa yang telah menjaga sepanjang dirinya berpantang selama tiga bulan di kampung.
Seorang ibu pun masih memerlukan ibu.
Bila fikir balik, tiga bulan berpantang di kampung adalah cuti panjang untuk tinggal dengan ibu ayah di kampung bila kita dah kahwin dan kerja jauh.
Semoga ibu dan ayah sihat-sihat selalu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mereka melihat momen tersebut.
Netizen juga memaklumkan mereka faham dengan perasaan Suhaila yang terpaksa berpisah dengan keluarganya selepas hampir tiga bulan bersama.
Sumber: TikTok