Pempengaruh media sosial, Andika Putera mendedahkan sebab dirinya memilih untuk tidak berkongsi wajah isteri baharunya menerusi Instagram Story (IG Story).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Akhiri Zaman Duda, Pilih Untuk Tidak Dedah Wajah Isteri – ‘Permulaan Baru & Kebahagiaan Yang Tidak Berkesudahan’
Jelaskan sambil tak henti berselawat
Menerusi hantaran dibuat, Andika atau nama sebenarnya Muhammad Andika Putera memaklumkan bahawa tindakannya itu adalah pilihan sendiri.
Jelas Andika, dia mempunyai hak sama ada mahu berkongsi wajah isteri baharunya kepada umum ataupun tidak.
Kenapa tak ‘reveal’? Yang pertama itu adalah isteri saya jadi suka hati saya nak ‘reveal’ atau tidak.
Itu semua adalah pilihan saya dan atas tujuan privasi sendiri.
Wajah isteri tular sebab orang ketiga
Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini menjelaskan bahawa wajah isterinya tular dan menjadi perhatian selepas dimuat naik oleh pihak ketiga di media sosial.
Itu semua adalah dari pihak ketiga yang saya sendiri tak boleh nak kawal.
Saya dah jangkakan perkara ini akan berlaku dan takkanlah saya nak kerat kepala, pakaikan isteri saya topeng dan sebagainya.
Tapi dari pihak saya, insya-Allah saya akan jaga.
Terdahulu, Andika menamatkan zaman dudanya dan berkahwin dengan seorang wanita. Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 27 tahun itu memilih untuk tidak berkongsi wajah isteri baharunya itu.
Untuk rekod, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial iaitu Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Alisha Puteri.
Sumber: IG Story Andika Putera