Pelakon sensasi, Fattah Amin meraih perhatian apabila memilih untuk ‘diam-diam’ menghulurkan sumbangan pada rakyat Palestin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Penuhi Tuntutan Kerja Pakai Baju Sedondon Dengan Amira Othman – ‘Lagipun Yang Kenen-Kenenkan Itu Peminat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Tidak Akan Berhenti Bersalin, Anak Itu Untuk Teruskan Berjihad’
Sumbangan baju sejuk
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), aktor berusia 34 tahun itu menerima penghargaan khas dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaza Malaysia.
Difahamkan, Fattah telah menyumbang baju sejuk buat anak-anak kecil yang memerlukan di Gaza.
Hari ini kami akan mengagihkan pakaian untuk saudara dan saudari serta pakaian musim sejuk untuk kanak-kanak yang tidak mampu membeli.
Terima kasih tidak terhingga untuk sumbangan yang diberikan.
Sumbangan ini menyelamatkan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Terima kasih banyak saudara Fattah Amin.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Fattah sekali gus memberi gelaran sebagai ‘artis contoh’. Selain itu, warganet turut mendoakan agar rezekinya bertambah luas.
Sumber: Instagram @CintaGazaMalaysia @fattahaminz