Momen menyayat hati ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sepatutnya Saya Antara Petugas Dalam Flight MH370?’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Kongsi Foto Wajah Lebam, Dedah Trauma Nak Jejak Kaki Ke Pulau Pinang – ‘Terima Kasih Ubai Kerana Selalu Ada’
Pengalaman di Beijing
Menerusi satu sesi temu bual bersama Ubai Sentral, pemilik nama Nurshahila Amir Hamzah mendedahkan bahawa dia nyaris berada dalam pesawat MH370 semasa berada di Beijing, China.
Waktu itu saya tengah shooting untuk satu program nyanyian.
Apa yang saya ingat, sepatutnya saya pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat MH370.
Tapi sebab ketika itu, saya sangat penat.
Saya maklumkan pada manager untuk stay di Beijing satu malam lagi.
Rakyat Malaysia dikecam
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu memaklumkan bahawa dia menerima pelbagai kecaman melalui aplikasi Weibo.
Pagi itu, saya tengok berita tentang kemalangan pesawat MH370.
Lepas kejadian itu, saya terus tak boleh tengok berita tentang pesawat.
Sebagai rakyat Malaysia yang berada di China ketika itu, bukan sesuatu yang mudah.
Artis Malaysia yang ada dalam aplikasi Weibo, memang kena kecam.
Difahamkan, kebanyakan mangsa di dalam pesawat MH370 itu merupakan rakyat negara China.
Sumber: Youtube @Ubai Mz, Instagram @shahilaamzah